Masyarakat Melayu kaya dengan pelbaagi keseniaan dan kebudayaan tradisional. Kekayaan hasil keseniaan dan kebudayaan masyarakat melayu ini bukan sahaja dibangga-banggakan oleh masyarakat Malaysia malahan oleh masyarakat luar Negara. Terdapat pelbagai bentuk tarian masyarakat melayu terdapat di Malaysia. Tarian ini pula boleh dibahagikan kepada pecahannya yang lebih kecil yakni dari segi kenegeriannya. Boleh dikatakan hamper setiap negeri mempunyai seni tariannya yang tersendiri. Perbezaan seni tari dari setiap negeri tersebut boleh dillihat dari segi pakaian, cara persembahan, lenggok-tarian, peralatan yang digunakan dan beberapa criteria lain lagi. Dal;am kebudayaan Melayu tarian merupakan salah satu warisan yang masih kekal hingga hari ini.
Tarian Inang adalah versi moden terhadap tarian tradisional Mak Inang. Ianya di tarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang.
Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.
Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.
Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.
Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.
TARIAN ZAPIN
Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.
Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.
TARIAN MAK YONG
Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau Indonesia.
Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak.
TARIAN GAMELANG
Jika dikaji dari sudut sejarah asal usul bermula Tarian Gamelan ini merupakan sebuah tarian istana yang popular dalam zaman kesultanan Riau-Lingga iaitu pada masa pemerintahan Sultan Abdul Rahman II. Tarian ini mula diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu di Istana Bendahara Tun Ali, Pahang di masa perkahwinan anakanda baginda.
Di Negeri Terengganu pula pada mulanya Gamelan diperkenalkan dalam bentuk muzik sahaja dan dikenali sebagai ‘keromong’. Dikatakan Tarian Gamelan di Terengganu diperkenalkan sewaktu perkahwinan Tengku Meriam iaitu puteri Sultan Ahmad dengan Zainal Abidin II. Tarian Gamelan ( ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja ) diiringi oleh muzik yang terdiri dari alat-alat seperti Gambang, Sarom, Keromong, Kenang, Gong dan Gendang.
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.
salam miss farah bolh ceritakan asal usul sejarah joget lambak melaka?
ReplyDeletesalam miss farah bole ceritakan tentang asal usul tarian melayu asli dan tokohnya sekali
ReplyDeletesalam miss farah bole ceritakan tentang asal usul tarian melayu asli dan tokohnya sekali
ReplyDeletesalam miss farah bole ceritakan tentang asal usul tarian melayu asli dan tokohnya sekali
ReplyDeletesalam miss. boleh nyatakan kelainan rentak inang berdasarkan tarian, nyanyian, rentak, muzik mengikut negeri?
ReplyDeletesalam miss. boleh nyatakan kelainan rentak inang berdasarkan tarian, nyanyian, rentak, muzik mengikut negeri?
ReplyDeleteSalam. Ada tarian perang melayu tak? yg mungkin boleh menunjukkan asal usul perang kita. saya nak cuba adaptasikan dalam rugby di malaysia. seperti war dance/haka di new zealand dan menjadi symbol setiap kali perlawanan. Tq
ReplyDeleteassalamualaikum wbt.... cik Farah... tq for sharing about tarian mak inang....
ReplyDeleteTHANKS MISS FARAH FOR YOUR SHARING ABOUT TARIAN :)
ReplyDeletesalam miss farah. saja je nak join main salam salam
ReplyDeleteTarian inang berasal dari mana .kedah ka melaka.
ReplyDelete