Sunday, 14 October 2012

Tarian-Tarian yang Terdapat Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri. Sebagai contoh tarian mak yong, zapin, gamelan, asyik, kathak, bhrata, singa, kipas, ngajat dan sumazau.

TARIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

TARIAN ASYIK

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.

Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil. Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.





TARIAN JOGET

Tarian Joget sangat digemari oleh Masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Terutamanya ketika Mandi Safar suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka. Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian kaum Portugis iaitu Branyo.

Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan. Tarian Joget di tarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua,muda,lelaki dan wanita secara berpasangan.Orang yang sedang menari dikatakan berjogetatau bertandak sementara pengiring tarian dikatakn pencak joget.
Dalam pesta-pesta keramaian,penari lelaki berjoget akan mengembing atu mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya.Tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.

Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping.Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta sanggul atau bunga diatas kepalanya.Warna-warna pakaian lelaki dan wanita biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.





TARIAN ZAPIN


Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin. Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun dikatakan masih terdapat di negeri Johor.


Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor terserlah.





TARIAN INANG



Tarian Inang adalah versi moden terhadap tarian tradisional Mak Inang. Ianya di tarikan pada majlis keramaian orang ramai. Tarian ini mempunyai tempo yang pantas dan di iringi dengan alat muzik rebana, biola dan gendang.

Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya.

Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penari-penarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan.



TARIAN TRADISIONAL KAUM CINA

TARIAN NAGA

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkn pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut “Keturunan Naga” sebagai lambing identity etnik.

Pada fikiran orang cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah janayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek zaman nenek moyang semasa merekamerayakan Tahun Baru Cina. atau memimpim prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana alam atau bencana peribadi berlakun.



TARIAN KIPAS

Tarian yang sering ditampilkan di berbagai Negara ini biasanya ditarikan oleh berapa penari wanita yang bergerak dengan lemah gemalai serta membentuk ornament-ornamen ynag indah sehingga tarian ini memberi keindahan bagi para penontonnya.

Tari kipas ini merupakan tari klasik yang dipertunjukan di Istana Raja dengan penari-penari cantik yang terpilih.

Pakaian yang digunakan biasanya berwarna terang seperti putih dan biru. Kipas berwarna pink dan putih yang merupakan kelengkapan utama dalam tarian inipun sangat indah sehingga apabila digerakkan maka terlihat gerakan-gerakan yang indah seperti bunga yang sedang bermekaran dan langit yang berwarna biru.


TARIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

TARIAN KATHAK

Khatak berasal dari Negeri Uttar Pradesh dan Prajastan. Pada asalnya ia ditarikan oleh Masyarakat yang dipangil Khataras atau Tukang cerita(penglipurlara). Khatak juga dikenali selepas sebagai Braj Raas. Tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana. Ia mengndungi Thata cerita pembukaan, Amad yang menghubungkan dengan Alarippu dalam Bharata Natyam, Sangeet yang menyerupai Jatiswaram dalam Bharata Natyam, Paran yang dianggap satu pertahanan tarian tersebut dan akhirnya Tarana yang menghubungkan dengan Thilland dalam Bharata Natyam. Ia dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita. Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.


TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu, di Selatan India. Kebiasaannya Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu alanippu, gatiswaram, sabdam, varnam, padam dan thillana.

Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau tarian tulin dan Nritya mengandungi adarus atau unit tarian asas. Setiap adarus mengandungi tiga unsur, asas posisi berdiri, pergerakan kaki dan tangan. Rentaknya adalah berdasarkan rentak yang panjangnya yang dipanggil Jatis. Muzik tarian ini berasaskan rentak yang penting atau ”ragas” seperti Bahairavi, Kalyani dan Kambodhi. Penyanyi akan mengawal pegerakkan tarian yang dipanggil Shollukatus atau sukukata rentak.




3 comments:

  1. Salam Misz Farah,
    Sy minta izin untuk copy beberapa picture dari blog ini, Tambahan bagi projek produk yang bakal sy pasarkan.
    Sila maklum balas. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. salam miss farah. boleh terangkan lagi tarian joget lambak di melaka?

    ReplyDelete
  3. salam miss farah. boleh terangkan lagi tarian joget lambak di melaka?

    ReplyDelete